Wednesday, October 7, 2009

Peliharalah kepercayaan

Assalamua’laikum..menemui pembaca yang budiman…penulis doakan moga pembaca sekalian berada dalam a’fiat Allah dan berada dalam keredhaan Allah.pembaca yang budiaman, jika direnung akan diri kita ini sebenarnya, diri kita sentiasa berdosa kepada Allah dan juga makhluknya terutama makhluk yang bernama Insan. Dikesempatan entry kali ini penulis ingin berkongsi sedikit berkenaan dengan “janji, kepercayaan, dan keikhlasan”.

Pembaca yang dirahmati Allah sekalian, jika kita muhasabah akan diri kita, sehari-hari kita akan bertemu bahawa yang kita sentiasa melafazkan kata-kata yang berbentuk janji, memberi kepercayaan dan seperti dengannya, kesimpulannya kata-kata yang lunak. Disebabkan itu orang dilemparkan dengan kata2 sedemikian akan tertarik dan langsung mempercayai dan memegangnya.

Pembaca yang budiman…..apabila dah berlaku demikian jangan kita cuba berani untuk bersifat munafiq iaitu mengingkari janji dan kata-kata kita kerana ia bukan sahaja akan melukai hati insan tersebut tetapi ia juga akan memberi kesan kepada kita kerana kelak kita akan rasa menyesal dan tidak berguna kerana kita seolah-olah berdusta dan belot kepada insan tersebut. Hayatilah dan muhasabah lah diri kita jangan kita menjerumuskan diri kita ke kancah kehinaan dan ketidakbergunaan.

Apabila ada insan sudah menaruh kepercayaan pada kita jagalah kepercayaan tersebut sebaik-baiknya, kerana ia InsyaAllah akan membawa kebahagiaan kepada kita. Jangan kita mempermain-mainkan perasaan orang dan kepercayaan orang pada kita. Kelak kita akan dibenci dan orang akan susah untuk menaruh kepercayaan kepada kita lagi…kelak merana hidup ini.

Marilah kita koreksi diri kita dan bertaubat pada Allah dengan taubat nsuha jika kita telah terlanjur. Memohon kemaafan kepada Allah dan juga insan yang kita lakukan kesalahan tersebut. Marilah kita merenung apakah yang di maksudkan dengan nifaq(sifat munafiq)

Imam Ibnu Juraij mendefinisikan nifaq sebagai;

المنافق يخالف قَوْلُه فِعْلَهُ، وسِرّه علانيته، ومدخله مخرجه، ومشهده مَغِيبه

Maksudnya;
“Munafiq adalah orang yang menyalahi perkataannya dari perbuatannya; rahsianya daripada yang nyatanya; dalamannya daripada luarannya; yang nampak tengok dengan yang tersembunyi

Manakala Nabi S.A.W pula bersabda :

آيَةُ الْمُنَافِقِ ثَلاَثٌ إِذَا حَدَّثَ كَذَبَ وَإِذَا وَعَدَ أَخْلَفَ وَإِذَا اؤْتُمِنَ خَانَ


Maksudnya;
“tanda orang munafiq itu ada tiga; apabila bercakap, dia menipu; apabila dia berjanji, ia menyalahinya; apabila dia diberi amanah, dia khianat”

Akhir kata jagalah kepercayaan orang pada kita dan tunaikanlah janji-janji yang kita telah janjikan tersebut. Jagalah insan yang diberi janji tersebut jangan lukakan hatinya. Penulis mengundur diri dahulu. Mungkin pembaca menanti entry dari penulisan dan dah hamper seminggu penulis tidak postkan entry yang baru. Hal ini kerana penulisan dalam keadaan keuzuran dan memerlukan rehat dan ketenangan yang cukup. Cuma hari ini penulis kuatkan hati untuk memetik huruf-huruf bagi menyusun ayat-ayat yang boleh sama-sama kita manfaatkan. Akhirnya penulis membawakan satu kata-kata yang betul-betul terkesan kepada penulis seolah-seolah terhiris hati ini bila membacanya….tetapi ia penuh dengan makna yang tersirat

Berhati - hatilah dalam menutur bicara
Kerana tanpa kita sedar
mungkin ada yang terluka
benar - benar terluka

Kata itu juga ibarat pedang
Kerana ketajamannya mampu membunuh lawan

Oleh itu berwaspadalah dalam memilih kata - kata
Dan dengan siapa kita berkata - kata
Kerana.....

Terlajak perahu masih boleh diundur lagi
Terlajak kata buruk padahnya
Terlajak perahu masih boleh diundur lagi
Terlajak kata hilang percaya...
Hilang percaya...


Wassalam..

P/S: Penulis meminta maaf kepada sesiapa yang mengenali penulis jika penulis ada melakukan kesalahan dan ada memungkiri janji. Penulis tak berniat demikian jauh sama sekali untuk belot. Penulis hanya seorang yang hina di sisiNYA dan lahir dari air mani yang hina bak kata pepatah kalau jatuh ketanah tak dipatuk ayam. Itulah hakikat manusia tapi ia akan mulia bila diisi jiwa ini dengan Islam dan iman. Maafilah diri yang serba kekurangan ini.

2 comments:

  1. Buat yang terbaik untuk exam mendatang!

    ReplyDelete
  2. insyaAllah..rupa2nya ramai orang yang ingat pada kita.. tq emy.

    ReplyDelete