Saturday, October 17, 2009

Jangan takut pada Islam..


Assalamua’laikum, menemui pembaca budiman yang dirahmati Allah sekalian. Semoga kita berada dalam keadaan sentiasa diberi hidayah dan taufiq oleh Allah S.W.T. Lagi sekali penulis agak lewat untuk post kan entry baru, emm...susah betul untuk istiqomah dalam penulisan ini, apatah lagi dalam taat pada Allah, moga Allah memberi kekuatan iman pada kita untuk melakukan mujahadah dalam setiap amal kebajikan kita. Penulis memohon pada pembaca yang budiman sekalian supaya sentiasa mendoakan penulis moga diberi kekuatan untuk istiqomah dalam amal kebajikan termasuklah menulis di blog ni.

Pada entry kali ini penulis nak berkongsi pengalaman manis yang pertama kali dilalui oleh penulis dan berharap dapat melaluinya sekali lagi. Pengalaman tersebut ialah melihat seorang kristian di Islam kan oleh Tuan Guru Datuk DR. Harun Din di masjid negeri Shah Alam. Berkebetulan pada pada 2 oct lepas penulis pergi untuk bersembahyang maghrib di sana dan mendengar kuliah tasawwur Islam oleh DR. Harun Din, selepas selesai solat maghrib DR. Harun Din bangun memberitahu jamaah masjid tentang pengIslaman saudara baru tersebut. Di sini penulis menyertakan video yang sempat dirakam ketika proses melafazkan kalimah syahadah.
Alhamdulillah seorang umat Islam bertambah, dan penulis pasti iaitu sekarang ni begitu ramai orang bukan Islam memeluk Islam. Tetapi dalam kegembiraan umat Islam bertambah dengan saudara baru ada juga kesedihan iaitu kerana ada yang dah Islam tetapi telah berpaling dari Islam, NAU’ZUBILLAH. Tetapi hakikatnya memang berlaku dan kita umat Islam mesti membendung perkara ini, inilah akibatnya Al-Quran dan As-Sunnah tidak dijadikan perundangan sehinggakan orang yang dah Islam sesuka hati keluar dari Islam dek kerana juga dakyah golongan kuffar dan juga kerana aqidah yang tidak jazam(teguh,beriman dengan sepenuhnya 100%) dalam diri seseorang itu.


Satu lagi yang nak dikongsi dengan pembaca sekalian iaitu kisah sebuah surau di Uni New castle Australia. Penulis mempunyai seorang teman yang sedang menuntut di sana, dia menceritakan bahawa kaum muslim telah diberi sebuah surau baru oleh pihak pentadbir Uni menggantikan surau yang lama. Surau tersebut dilengkapi dengan kemudahan asas yang memberi keselesaan kepada Jamaah surau. Di sini penulis serta gambar-gambar yang dikirim kepada penulis. Ini merupakan suatu perkembangan yang baik kerana keterbukaan yang baik oleh pihak Uni walaupun kristian, jadi umat Islam mesti menggunakan keterbukaan tersebut dengan sebaik mungkin untuk menebar luaskan ajaran Islam. Sebenarnya semua manusia boleh menerima Islam jika mereka kembali kepada fitrah dalam mereka membuat pertimbangan terhadap Islam. Allah Taala berfirman :

وَإِذۡ أَخَذَ رَبُّكَ مِنۢ بَنِىٓ ءَادَمَ مِن ظُهُورِهِمۡ ذُرِّيَّتَہُمۡ وَأَشۡہَدَهُمۡ عَلَىٰٓ أَنفُسِہِمۡ أَلَسۡتُ بِرَبِّكُمۡ‌ۖ قَالُواْ بَلَىٰ‌ۛ شَهِدۡنَآ‌ۛ أَن تَقُولُواْ يَوۡمَ ٱلۡقِيَـٰمَةِ إِنَّا ڪُنَّا عَنۡ هَـٰذَا غَـٰفِلِينَ (١٧٢
Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka dan Dia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Dia bertanya dengan firmanNya): Bukankah Aku Tuhan kamu? Mereka semua menjawab: Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi. Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini. (Al-A'raf 7:172)

pintu masuk surau
ucapan Vice Censelor
Akhir kata, marilah kita sama menjadi pembantu Agama Allah mencontohi golongan hawariyyun seperti fiman Allah :

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُونُوٓاْ أَنصَارَ ٱللَّهِ كَمَا قَالَ عِيسَى ٱبۡنُ مَرۡيَمَ لِلۡحَوَارِيِّـۧنَ مَنۡ أَنصَارِىٓ إِلَى ٱللَّهِ‌ۖ قَالَ ٱلۡحَوَارِيُّونَ نَحۡنُ أَنصَارُ ٱللَّهِ
Wahai orang-orang yang beriman! Jadikanlah diri kamu pembela-pembela (agama) Allah sebagaimana (keadaan penyokong-penyokong) Nabi Isa Ibni Mariam (ketika ia) berkata kepada penyokong-penyokongnya itu: Siapakah penolong-penolongku (dalam perjalananku) kepada Allah (dengan menegakkan agamaNya)? Mereka menjawab: Kamilah pembela-pembela (agama) Allah! (As-Saff 61:14)

Wallahua’lam.


5 comments:

  1. Alhamdulillah, Islam makin mudah diterima oleh orang bukan Islam.

    Tapi yang menyedihkan adalah, makin ramai di kalangan umat Islam sendiri khususnya golongan remaja gagal berpegang pada Islam dan mengamalkan tuntutannya.Bergaya kurang sopan yang kadang - kadang tu, melebihi orang bukan Islam. Tiada Islam sebagai cara hidup.Yang tinggal hanyalah Islam pada nama sahaja..sekadar cetakan perkataan Islam pada IC sahaja...

    ReplyDelete
  2. http://sahabatfillah.weebly.com/

    ReplyDelete
  3. bila nak update lg?

    ReplyDelete
  4. fadhil..tolong ana.. :'(

    ReplyDelete
  5. kenapa??apa yang ana blh tlg??

    ReplyDelete