Sunday, October 11, 2009

siapakah diri Ku?


“Boleh saya pinjam pen” kata seorang pensyarah kepada seorang pelajarnya ketika menjawab test bahasa german. Pensyarah tadi tiba-tiba menepuk tangan pelajar tadi, hey..bahasa melayu pun sama juga jawapannya. Jawab pelajar tadi, “encik saya takleh buat test ni…” “eh nape pulak? senang je tu?” kata pensyarah tersebut. “encik saya tengah berfikir siapakah saya?” kata pelajar tu lagi. jawab pensyarah pula “hmm menarik soalan tu utk dijawab.takpe you jawab dulu pasni kita bincang, kat luar kelas punboleh sambil kita minum-minum ke..”

Itulah dialaog yang berlaku antara penulis dengan pensyarah pada pagi tadi. Penulis masih lagi dalam keadaan buntu untuk mengenal diri penulis secara betul-betul. Tapi pagi tadi taqdir Allah,penulis seolah –olah dah menemui tanda-tanda awal siapakah diri penulis yang sebenar. Tetapi penulis masih lagi tidak boleh untuk describe secara bertulis ataupun tanpa berkecamuk fikiran untuk mengenal pasti siapakah diri penulis yang sebenar.

Pembaca yang budiman sekalian, nak ditegaskan di sini bukan bermaksud nak mengenal diri itu menunjukkan diri penulis dah jadi tidak waras tetapi nak mengenal pasti dimanakah keadaan diri kita yang sebenar kerana pakar motivasi selalu berkata kena kenal diri kita dahulu barulah kita jelas kemana arah tuju untuk kita merencanakan kehidupan kita. Itulah yang membelenggu fikiran penulis sekarang. Sebagai contoh penulis mengambil beberapa figure yang dah mengenali siapakah mereka iaitu ustaz zahauddin Abd. Rahman, dia mengenali diri sebagai seorag yang pakar dalam bidabg fiqh muamalat, ustaz hasrizal jamil@saifulislam dia mengenali dirinya sebagai pakar runding &motivasi, seorang sahabat penulis yang bernama ust sa’ari yang mempunyai blog rijal82.blogspot.com kenal dirinya iaitu seorang pengkaji sejarah kerajaan Islam focus uthmaniah. Itulah yang penulis sedang maksudkan dengan nak mengenal diri. Bukan bermaksud penulis hilang arah tuju kehidupan tetapi mencari titik mula nank merencanakan kehidupan sebagai hamba Allah. Penulis jelas tujuan hidup seperti firman Allah dalam Al-Quran :

وَإِذۡ قَالَ رَبُّكَ لِلۡمَلَـٰٓٮِٕكَةِ إِنِّى جَاعِلٌ۬ فِى ٱلۡأَرۡضِ خَلِيفَةً۬‌ۖ قَالُوٓاْ أَتَجۡعَلُ فِيہَا مَن يُفۡسِدُ فِيہَا وَيَسۡفِكُ ٱلدِّمَآءَ وَنَحۡنُ نُسَبِّحُ بِحَمۡدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ‌ۖ قَالَ إِنِّىٓ أَعۡلَمُ مَا لَا تَعۡلَمُونَ (٣٠
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?. Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya. (Al-Baqarah 2:30)

وَمَا خَلَقۡتُ ٱلۡجِنَّ وَٱلۡإِنسَ إِلَّا لِيَعۡبُدُونِ (٥٦
Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. (56)

Jadi insyaAllah penulis akan terus mencari dan mencari siapakah diri penulis yang sebenar. Kenapa juga penulis begitu beria-ia untuk mengenali diri ini, hal ini kerana penulis juga nak mencapai hakikat sebenar ilmu dalam kehidupan ini dan nak meraikan pemikiran&idea penulis.

Wallahua’alam.

p/s: kepada mana-mana pembaca yang ingin member komen kepada penulis berkenaan dengan siapakah diri kita @ nak mengenal diri kita boleh menghantarkan email kepada penulis mfrsns@gmail.com. Perkongsian dari pembaca amat-amat dialu-alukan.

5 comments:

  1. dipetik dr Saifulislam.com:

    1."lakukan setiap sesuatu dalam hidup ini secara bersungguh-sungguh. Nescaya kita akan cepat mengenal batas upaya dan juga potensi diri.."

    2."Pencarianmu itu, tak ada kesudahannya.
    Jika kau tak bertanya pada Tuhan yang memberikan jawapan"


    Smg tidak berputus asa dlm pencarian itu dan smg saudara ketemu jawapannya, insyaAllah.

    ReplyDelete
  2. syukran diatas nasihat yang berguna tersebut moga allah merahnati mu.

    ReplyDelete
  3. "siapa kita adalah bagaimana kita melihat diri kita" (sdr amin idris)

    dlm pncarian,kita pasti ada mtlamat. kta adalah ape y kta hndak cpai d ms akn dtg.

    wpun ms hdpn trletak d tgnNya y mntakdirkn, ttpi kta dberi pilihn oleh Nya y maha `adil utk mrncg arah tuju, identiti diri y sebenar.

    Dengan keyakinn bahawa kta mmpu mncapai mtlamat trsebut d kmudian hr, tarikan +ve di sekeliling kta akn mrnsang diri utk berusaha hbs baik kearah pncapaian mtlamat. Menjadikn doa sbg senjata, Allah tidak akn mnsia2kn usaha hambaNya...Inilah Law of Attraction...

    Klu brminat, cari buku QURANIC LAW of ATTRACTION, PTS, RUSDIN S.RAUF.

    1st step, setup matlamat.

    Smg dipermudhkn Allah dlm pencarian..

    Wallahu`alam..

    ReplyDelete
  4. muhasabah;

    adakah diri mempunyai perasaan hasad dengki?

    ReplyDelete
  5. suka menyindir dan hasad dengki, semoga Allah saja yg membalas nya

    ReplyDelete