Wednesday, September 30, 2009

Lelaki VS Perempuan


Assalamua’alaikum..menemui pembaca yang budiman.semoga kalian semua sihat walafiat dan hidup dalam hidayah dan taufiq Allah. Pada entry kali ini penulis nak menyentuh berkenaan dengan “JODOH”. Seperti yang kita sedia maklum bahawa bila disebut jodoh kebanyakan antara kita akan mengaitkan denga perkahwinan. Tapi bagi penulis jodoh bukan hanya setakat boleh dikaitkan dengan perkahwinan tetapi juga perkara lain.

Cuma pada kali ini entry penulis nak menekan tentang perkahwinan. Adakah jodoh adalah paksaan@pilihan? Yang pastinya ia adalah ketetapan dari Allah di dalam luh mahfuz yang Allah telah tetapkan sejak azali lagi. Cuma dalam pada itu berfirman :

وَنَفۡسٍ۬ وَمَا سَوَّٮٰهَا (٧) فَأَلۡهَمَهَا فُجُورَهَا وَتَقۡوَٮٰهَا (٨)

7. Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan Yang sesuai Dengan keadaannya);

8. Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan Yang membawanya kepada kejahatan, dan Yang membawanya kepada bertaqwa(As-Syam 91:7-8)

yang menunjukkan bahawa Allah memperlengkapkan nasfu kita dengan kelengkapannya yang boleh menjadikan nafsu itu, ammarah, lawwamah dan mutmainnah dan seterusnya menyebabkan dalam hidup kita ini adanya pilihan adakah kita igin memilih perkara yang baik atau jahat seperti firman Allah pada ayat ke-8 di atas. Jadi, di sini kita dapat membuat kesimpulan awal bahawa jodoh adalah tertakluk juga kepada pilihan. Pada hakikatnya semua pilihan yang kita lakukan adalah berada dalam ilmu Allah dan kita sebenarnya tidak tahu apakah takdir yang telah ditetapkan oleh Allah dalam luh mahfuz. Cumanya kita diajar untuk berusaha dan bertawakkal kepada Allah S.W.T seperti firman Allah :

إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوۡمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُواْ مَا بِأَنفُسِہِمۡ‌ۗ

Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa Yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa Yang ada pada diri mereka sendiri. (Ar-Ra’d 13:11)

Dalam kalangan masyarakat kita ada org yang bersifat ingin menyatukan pasangan tersebut atas alasan tertentu, tetapi kita perlu ingat bahawa individu yang nak disatukan itu ada hati dan perasaannya tersendiri dan dia juga mempunyai kuasa untuk menentukan siapakah yang dia mahu jadikan pasangan hidup. Jadi nasihat penulis kepada yang ingin menyatukan usahlah terlalu menekan selagi mana orang yang ingin mencari pasangan itu mempunyai pilihannya yang tidak lari dari konsep pasangan yang baik.

Dalam satu hadith Baginda S.A.W yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dan selain mereka, Bagindah telah memberikan panduan untuk memilih pasangan yang baik, hadith tersebut berbunyi :

تنكح المرأة لأربع : لمالها ولحسبها ولجمالها ولدينها , فاظفر بذات الدين تربت يداك

Seseorang wanita dinikahi kerana empat sebab: kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya, dan kerana agamanya. Maka hendaklah engkau merebut yang empunya agama, itulah pilihan yang terbaik.

Jadi, penulis menyeru kepada pembaca sekalian letakkan hadith ini sebagai paksi utk mencari pasangan yang baik. Cuma penulis ingin menyatakan disini bahawa entry kali ini bukanlah suatu perbincangan yang detail lagi dan insyaAllah jika ada kesempatan menarik untuk dibincangkan berkenaan jodoh ini.

Setakat ini sahaja buat entry kali ini, dan di sini penulis nak mencadangkan kepada siding pembaca yang budiman sekalian satu kitab yang penulis merasakan wajib untuk dimiliki kepada sesiapa yang berniat untuk berumah tangga atau mencari pasangan hidup. Buku itu adalah tulisan Almarhum As-Syeikh Abdullah Nasih Ulwan seorang Ulama di Universiti Al-Malik Abdul Aziz (Jeddah) yang bertajuk TARBIYATUL AULAD FIL ISLAM(PENDIDIKAN ANAK2 DALAM ISLAM).

Wassalam.

2 comments:

  1. salam ziarah...
    mase u jd moderator forum mlm td i ada tngok...
    tue yg tau u punye blog...
    entry yang bagus...
    saya suka...
    kiter punye blog mmpunyai mesej yg sama...

    ReplyDelete
  2. syukran kerana sudi memberi komen.. =) sama2 kita berdakwah tuk Islam ya.

    ReplyDelete