Wednesday, October 14, 2009

Kenikmatan Ilmu syari'atullah


Assalamua’laikum, menemui pembaca yang budiman, moga-moga Allah merahmati kita sekalian dan sentiasa kita semua diberi hidayah dan taufiq oleh Allah untuk kita menjalani kehidupan ini menuju akhirat. Pada entry kali ini penulis nak berkongsi sedikit perkara berkenaan dengan ilmu. Alhamdulillah semalam terasa begitu nikmat dalam menuntut ilmu, iaitu penulis telah memulakan pengajian kitab tafsir Al-Quran karangan Imam Ibnu kathir dalam bahasa arab. Tuan Guru penulis mengajar dengan penuh semangat dan khusyuk dan penulis dan beberapa orang sahabat lagi penuh khusyuk juga mendengar I’rab(perincian@penjelasan) yang diterangkan oleh syeikhuna Tuan Guru. Inilah yang penulis cari-cari selama ni, iaitu kenikmatan dalam menuntut ilmu terutama ilmu Al-Quran. Seperti sabda Rasulullah dalam satu hadith Baginda yang bermaksud :

“Barang siapa yang Allah ingin memberi kebaikan padanya, Allah akan memberi kefaqihan padanya di dalam agama.”

Allahu Akbar…..nikmatnya ya ALLAH…tak terkata semalam walaupun agak merangkak dalam nak memahami. Tetapi berbekalkan semangat yang kuat untuk mendalami Al-Quran penulis dan rakan-rakan menghayati dengan penuh perhatian.

Seperti firman Allah dalam surah Al-Fathir ayat 28 :

إِنَّمَا يَخۡشَى ٱللَّهَ مِنۡ عِبَادِهِ ٱلۡعُلَمَـٰٓؤُاْۗ

Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu.

InsyaAllah, dikesempatan yang akan datang penulis akan berkongsi ilmu tafsir yang dipelajari.

Wallahua’lam

P/S: Doakan penulis semoga terus istiqamah menuntut ilmu semoga ilmu tersebut dapat disebarkan kepada masyarakat dan untuk bekal didunia ini menuju ke alam barzakh& akhirat.

2 comments:

  1. salam ziarah, moga tetap dlm bidang penulisan. posts yg amat memanfaatkan pembaca. kan bahagia rasanya bila semua ant kita dpt merasai indah nikmat ilmu Allah, lantas menjaganya sebaik mungkin. teguh dan tabah ye hadapi ujian hidup. Allah sentiasa bersama2 hamba2Nya. Hanya yang terbaik untuk hamba yang dicintaiNya. All da best in wut u do. salam a'laik. ~future actuary~

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah...ada yang sudi membaca blog ini. penulis akan cuba untuk mempertingkatkan lagi perkongsian yang bermanfaat dalam blog ini..penulis terharu dengan sokongan yang diberi..semoga Allah merahmati kita semua dan senantiasa memberikan hidayah dan taufiq NYA.wallahu'alam.

    ReplyDelete