Wednesday, September 30, 2009

Lelaki VS Perempuan


Assalamua’alaikum..menemui pembaca yang budiman.semoga kalian semua sihat walafiat dan hidup dalam hidayah dan taufiq Allah. Pada entry kali ini penulis nak menyentuh berkenaan dengan “JODOH”. Seperti yang kita sedia maklum bahawa bila disebut jodoh kebanyakan antara kita akan mengaitkan denga perkahwinan. Tapi bagi penulis jodoh bukan hanya setakat boleh dikaitkan dengan perkahwinan tetapi juga perkara lain.

Cuma pada kali ini entry penulis nak menekan tentang perkahwinan. Adakah jodoh adalah paksaan@pilihan? Yang pastinya ia adalah ketetapan dari Allah di dalam luh mahfuz yang Allah telah tetapkan sejak azali lagi. Cuma dalam pada itu berfirman :

وَنَفۡسٍ۬ وَمَا سَوَّٮٰهَا (٧) فَأَلۡهَمَهَا فُجُورَهَا وَتَقۡوَٮٰهَا (٨)

7. Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan Yang sesuai Dengan keadaannya);

8. Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan Yang membawanya kepada kejahatan, dan Yang membawanya kepada bertaqwa(As-Syam 91:7-8)

yang menunjukkan bahawa Allah memperlengkapkan nasfu kita dengan kelengkapannya yang boleh menjadikan nafsu itu, ammarah, lawwamah dan mutmainnah dan seterusnya menyebabkan dalam hidup kita ini adanya pilihan adakah kita igin memilih perkara yang baik atau jahat seperti firman Allah pada ayat ke-8 di atas. Jadi, di sini kita dapat membuat kesimpulan awal bahawa jodoh adalah tertakluk juga kepada pilihan. Pada hakikatnya semua pilihan yang kita lakukan adalah berada dalam ilmu Allah dan kita sebenarnya tidak tahu apakah takdir yang telah ditetapkan oleh Allah dalam luh mahfuz. Cumanya kita diajar untuk berusaha dan bertawakkal kepada Allah S.W.T seperti firman Allah :

إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوۡمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُواْ مَا بِأَنفُسِہِمۡ‌ۗ

Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa Yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa Yang ada pada diri mereka sendiri. (Ar-Ra’d 13:11)

Dalam kalangan masyarakat kita ada org yang bersifat ingin menyatukan pasangan tersebut atas alasan tertentu, tetapi kita perlu ingat bahawa individu yang nak disatukan itu ada hati dan perasaannya tersendiri dan dia juga mempunyai kuasa untuk menentukan siapakah yang dia mahu jadikan pasangan hidup. Jadi nasihat penulis kepada yang ingin menyatukan usahlah terlalu menekan selagi mana orang yang ingin mencari pasangan itu mempunyai pilihannya yang tidak lari dari konsep pasangan yang baik.

Dalam satu hadith Baginda S.A.W yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dan selain mereka, Bagindah telah memberikan panduan untuk memilih pasangan yang baik, hadith tersebut berbunyi :

تنكح المرأة لأربع : لمالها ولحسبها ولجمالها ولدينها , فاظفر بذات الدين تربت يداك

Seseorang wanita dinikahi kerana empat sebab: kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya, dan kerana agamanya. Maka hendaklah engkau merebut yang empunya agama, itulah pilihan yang terbaik.

Jadi, penulis menyeru kepada pembaca sekalian letakkan hadith ini sebagai paksi utk mencari pasangan yang baik. Cuma penulis ingin menyatakan disini bahawa entry kali ini bukanlah suatu perbincangan yang detail lagi dan insyaAllah jika ada kesempatan menarik untuk dibincangkan berkenaan jodoh ini.

Setakat ini sahaja buat entry kali ini, dan di sini penulis nak mencadangkan kepada siding pembaca yang budiman sekalian satu kitab yang penulis merasakan wajib untuk dimiliki kepada sesiapa yang berniat untuk berumah tangga atau mencari pasangan hidup. Buku itu adalah tulisan Almarhum As-Syeikh Abdullah Nasih Ulwan seorang Ulama di Universiti Al-Malik Abdul Aziz (Jeddah) yang bertajuk TARBIYATUL AULAD FIL ISLAM(PENDIDIKAN ANAK2 DALAM ISLAM).

Wassalam.

Tuesday, September 29, 2009

Cinta?????

Assalamu’alaikum ..menemui pembaca yang budiman, ada satu perkongsian berkenaan dengan cinta pada entry kali ini. Kalau kita melihat kepada keadaan muda mudi dalam masyarakat kita sekarang, cinta menjadi suatu agenda yang boleh dikatakan wajib bagi muda mudi. Hal ini juga tidak terlepas untuk terpalit kepada insan yang menggelarkan diri mereka sebagai anta&anti @ dengan kata lain muda mudi pencinta agama.

Saya ingin mengajak para pembaca yang budiman untuk kita sama-sama merenung fenomena yang berlaku ini. Bila kita menyebut apakah definasi cinta pasti ramai yang membuat definasi yang berbeza ia mengikut kepada keadaan individu yang menafsirkan itu sendiri. Cinta adalah perasaan kasih sayang kepada sesuatu, baik pada manusia@ sesuatu perkara.

Bagi muda mudi yang suka kepada asyik dan masyuk mungkin mereka mendefinasikan cinta itu sebagai BUTA. Hal ini menyebabkan mereka menghalalkan perbuatan-perbuatan yang haram di sisi agama bagi merealisasikan cinta dari pandangan mereka. Ada juga yang mengatakan bahawa cinta itu adalah perasaan sayang kepada buayafriend @ gelifriend masing-masing.

Apakah pula definasi cinta menurut perspektif agama. Bagi penulis cinta yang paling agong adalah cinta kepada Allah dan Rasul. Seperti firman Allah :


قُلۡ إِن كُنتُمۡ تُحِبُّونَ ٱللَّهَ فَٱتَّبِعُونِى يُحۡبِبۡكُمُ ٱللَّهُ وَيَغۡفِرۡ لَكُمۡ ذُنُوبَكُمۡ‌ۗ وَٱللَّهُ غَفُورٌ۬ رَّحِيمٌ۬ (٣١
Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (31)

Tetapi apakah cinta tidak wujud kepada perkara lain? Jawapannya wujud, mudahnya ialah cinta kepada perkara lain mestilah berpaksikan firman Allah di atas tadi. Jika berlaku demikian barulah sesuatu cinta itu membawa erti kepada si pencinta dan yang dicinta.

Kesimpulan yang boleh dibuat di sini ialah tidak kira cinta itu kepada manusia atau benda atau apa-apa sahaja, yang penting kita mesti memastikan ia kena dengan parameter yang telah ditentukan oleh Allah. Jika seseorang insan itu mengatakan “aku ikhlas cinta pada mu” tetapi cintanya penuh noda dan maksiat bermakna itu adalah cinta dusta kerana cinta tersebut bertentangan dengan seruan Allah dan Rasul. Firman Allah :

وَلَـٰكِنَّ ٱللَّهَ حَبَّبَ إِلَيۡكُمُ ٱلۡإِيمَـٰنَ وَزَيَّنَهُ ۥ فِى قُلُوبِكُمۡ وَكَرَّهَ إِلَيۡكُمُ ٱلۡكُفۡرَ وَٱلۡفُسُوقَ وَٱلۡعِصۡيَانَ‌ۚ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلرَّٲشِدُونَ (٧
tetapi Allah menjadikan kamu 'cinta' kepada keimanan dan menjadikan keimanan itu indah di dalam hatimu serta menjadikan kamu benci kepada kekafiran, kefasikan, dan kedurhakaan. Mereka itulah orang-orang yang mengikuti jalan yang lurus.(Al-Hujurat 49:7)

sama-sama kita renungkan…wassalam..

p/s : artikel yang baik berkenaan dengan cinta untuk dibaca dari : http://saifulislam.com/?p=705

Monday, September 28, 2009

Pemikiran sekularisme berjaya diserap

Assalamua'laikum..buat pembaca yang budiman. Pemikiran sekular memang sudah berjaya diterapkan dalam pemikiran masyarakat umat Islam di malaysia dan para musuh Islam seolah2 sedang menuai hasil pemikiran yang mereka sebarkan kepada umat Islam focusnya di malaysia. Jika kita melihat kepada sejarah kita sudah dimerdekakan oleh penjajah kononnya 52 tahun, tetapi itu hanya dari sudut pemerintahan ataupun secara fizikal. Jika melihat kepada hakikatnya maksud kemerdekaan itu kita masih lagi belum merdeka.

Sepertimana firman Allah

وَلَقَدۡ بَعَثۡنَا فِى ڪُلِّ أُمَّةٍ۬ رَّسُولاً أَنِ ٱعۡبُدُواْ ٱللَّهَ وَٱجۡتَنِبُواْ ٱلطَّـٰغُوتَ

36. Dan Sesungguhnya Kami telah mengutus Dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka): "Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah Taghut".(An-Nahl 16:36)


Satu kisah benar yang nak dikongsi dengan pembaca yang budiman. Ada seorang pensyarah IPTA yang sedang mengajar bercerita tentang masa depan dan dia memotivasikan pelajar-pelajarnya supaya merancang kerjaya mereka dengan baik. Nampak motivasi tersebut begitu berguna sebagai bekal kepada pelajar-pelajar tersebut. Tetapi amat malang sekali kerana dalam penerapan motivasi tersebut, ada unsur sekularisme yang diterapkan dan perkara ini bagiku bukanlah agenda utama pensyarah tersebut tetapi terhasil dari didikan yang diterima oleh pensyarah tersebut. Maka terbentuklah pemikiran sekularisme.


Apa yang diberitahu oleh pensyarah tersebut ialah: nanti apabila kamu bekerja, kerja dengan sungguh-sungguh dan jangan kita kesiankan orang lain sebagai contohnya , kita melihat kawan sekerja kita tidak naik pangkat disebabkan dia tidak progressif dalam idea lalu kita kesian padanya dan kita memberikan idea kita padanya, yang menyebabkan bila masuk meeting dia yang bentangkan idea tersebut..Jgn kita jadi macam tu!”


Itulah antara selitan pemikiran sekular yang diterapkan. Alasan mengapa perlu dilakukan sedemikian adalah kerana dunia sekarang sudah ibarat "DOG EAT DOG", Jadi bila kita kesian kat orang kita akan disingkirkan.


Sidang pembaca yang budiman ini adalah suatu akhlak atau sifat mazmumah(buruk) yang amat dilarang dalam Islam. Islam tidak mengajar kita untuk pentingkan diri sendiri tetapi sentiasa bantu membantu atas dasar iman dan taqwa sepertiman firman Allah dalam Al-Quran


وَتَعَاوَنُواْ عَلَى ٱلۡبِرِّ وَٱلتَّقۡوَىٰ‌ۖ وَلَا تَعَاوَنُواْ عَلَى ٱلۡإِثۡمِ وَٱلۡعُدۡوَٲنِ‌ۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ‌ۖ

dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan dan bertakwalah kepada Allah(Al-Maidah 6:2)

Amat sedih jika melihat kepada perkembangan yang berlaku di zaman mutaakhir ini..sama-sama kita renungkan.

Salam eidul fitri.


Assalamua'laikum...salam eidul fitri dariku. Dikesempatan ini ku ingin mengucapkan syukur pada YG Maha Esa kerana mengizinkan ku kembali semula untuk berjinak-jinak dalam dunia penulisan ni. Ku tidak menafikan lagi kepentingan untuk umat Islam menceburi bidang penulisan ini kerana ini juga merupakan suatu jalan JIHAD dalam usaha untuk menebar luas ajaran Islam dan juga memerangi semula dakyah-dakyah yg dilemparkan oleh kuffar dan munafiq.

Jika kita melihat perkembangan penulisan, ianya jelas kelihatan begitu pantas berkembang. Penulisan juga telah menjadi antara medium ghuzwatul fikr kepada umat Islam yang digunakan oleh musuh-musuh Islam. Contohnya kita blh melihat bagaimana golongan orientalis menggunakan penulisan sebagai senjata utama mereka dan hasilnya ramai umat Islam terpengaruh dengan tulisan-tulisan mereka.

InsyaAllah, ku mengharapkan agar para pelawat blog mendoakan ku semoga Allah memberi kekuatan kepadaku untuk memetik huruf-huruf di keyboard ku ini bagi membina suatu ayat yang diharap dapat memberikan secebis kebaikan kepada pembaca dan menjadi secebis kebajikan buat diriku,insyaAllah....

Setakat ini sahaja dulu sebagai mukadimah sekembalinya ku ke dunia penulisan. Wassalam.