Tuesday, September 29, 2009

Cinta?????

Assalamu’alaikum ..menemui pembaca yang budiman, ada satu perkongsian berkenaan dengan cinta pada entry kali ini. Kalau kita melihat kepada keadaan muda mudi dalam masyarakat kita sekarang, cinta menjadi suatu agenda yang boleh dikatakan wajib bagi muda mudi. Hal ini juga tidak terlepas untuk terpalit kepada insan yang menggelarkan diri mereka sebagai anta&anti @ dengan kata lain muda mudi pencinta agama.

Saya ingin mengajak para pembaca yang budiman untuk kita sama-sama merenung fenomena yang berlaku ini. Bila kita menyebut apakah definasi cinta pasti ramai yang membuat definasi yang berbeza ia mengikut kepada keadaan individu yang menafsirkan itu sendiri. Cinta adalah perasaan kasih sayang kepada sesuatu, baik pada manusia@ sesuatu perkara.

Bagi muda mudi yang suka kepada asyik dan masyuk mungkin mereka mendefinasikan cinta itu sebagai BUTA. Hal ini menyebabkan mereka menghalalkan perbuatan-perbuatan yang haram di sisi agama bagi merealisasikan cinta dari pandangan mereka. Ada juga yang mengatakan bahawa cinta itu adalah perasaan sayang kepada buayafriend @ gelifriend masing-masing.

Apakah pula definasi cinta menurut perspektif agama. Bagi penulis cinta yang paling agong adalah cinta kepada Allah dan Rasul. Seperti firman Allah :


قُلۡ إِن كُنتُمۡ تُحِبُّونَ ٱللَّهَ فَٱتَّبِعُونِى يُحۡبِبۡكُمُ ٱللَّهُ وَيَغۡفِرۡ لَكُمۡ ذُنُوبَكُمۡ‌ۗ وَٱللَّهُ غَفُورٌ۬ رَّحِيمٌ۬ (٣١
Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (31)

Tetapi apakah cinta tidak wujud kepada perkara lain? Jawapannya wujud, mudahnya ialah cinta kepada perkara lain mestilah berpaksikan firman Allah di atas tadi. Jika berlaku demikian barulah sesuatu cinta itu membawa erti kepada si pencinta dan yang dicinta.

Kesimpulan yang boleh dibuat di sini ialah tidak kira cinta itu kepada manusia atau benda atau apa-apa sahaja, yang penting kita mesti memastikan ia kena dengan parameter yang telah ditentukan oleh Allah. Jika seseorang insan itu mengatakan “aku ikhlas cinta pada mu” tetapi cintanya penuh noda dan maksiat bermakna itu adalah cinta dusta kerana cinta tersebut bertentangan dengan seruan Allah dan Rasul. Firman Allah :

وَلَـٰكِنَّ ٱللَّهَ حَبَّبَ إِلَيۡكُمُ ٱلۡإِيمَـٰنَ وَزَيَّنَهُ ۥ فِى قُلُوبِكُمۡ وَكَرَّهَ إِلَيۡكُمُ ٱلۡكُفۡرَ وَٱلۡفُسُوقَ وَٱلۡعِصۡيَانَ‌ۚ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلرَّٲشِدُونَ (٧
tetapi Allah menjadikan kamu 'cinta' kepada keimanan dan menjadikan keimanan itu indah di dalam hatimu serta menjadikan kamu benci kepada kekafiran, kefasikan, dan kedurhakaan. Mereka itulah orang-orang yang mengikuti jalan yang lurus.(Al-Hujurat 49:7)

sama-sama kita renungkan…wassalam..

p/s : artikel yang baik berkenaan dengan cinta untuk dibaca dari : http://saifulislam.com/?p=705

1 comment:

  1. Ramai remaja sekarang kurang memahami makna sebenar cinta. Sebab tu mereka senang terjerumus pada cinta yang melalaikan.

    ReplyDelete