Monday, September 28, 2009

Pemikiran sekularisme berjaya diserap

Assalamua'laikum..buat pembaca yang budiman. Pemikiran sekular memang sudah berjaya diterapkan dalam pemikiran masyarakat umat Islam di malaysia dan para musuh Islam seolah2 sedang menuai hasil pemikiran yang mereka sebarkan kepada umat Islam focusnya di malaysia. Jika kita melihat kepada sejarah kita sudah dimerdekakan oleh penjajah kononnya 52 tahun, tetapi itu hanya dari sudut pemerintahan ataupun secara fizikal. Jika melihat kepada hakikatnya maksud kemerdekaan itu kita masih lagi belum merdeka.

Sepertimana firman Allah

وَلَقَدۡ بَعَثۡنَا فِى ڪُلِّ أُمَّةٍ۬ رَّسُولاً أَنِ ٱعۡبُدُواْ ٱللَّهَ وَٱجۡتَنِبُواْ ٱلطَّـٰغُوتَ

36. Dan Sesungguhnya Kami telah mengutus Dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka): "Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah Taghut".(An-Nahl 16:36)


Satu kisah benar yang nak dikongsi dengan pembaca yang budiman. Ada seorang pensyarah IPTA yang sedang mengajar bercerita tentang masa depan dan dia memotivasikan pelajar-pelajarnya supaya merancang kerjaya mereka dengan baik. Nampak motivasi tersebut begitu berguna sebagai bekal kepada pelajar-pelajar tersebut. Tetapi amat malang sekali kerana dalam penerapan motivasi tersebut, ada unsur sekularisme yang diterapkan dan perkara ini bagiku bukanlah agenda utama pensyarah tersebut tetapi terhasil dari didikan yang diterima oleh pensyarah tersebut. Maka terbentuklah pemikiran sekularisme.


Apa yang diberitahu oleh pensyarah tersebut ialah: nanti apabila kamu bekerja, kerja dengan sungguh-sungguh dan jangan kita kesiankan orang lain sebagai contohnya , kita melihat kawan sekerja kita tidak naik pangkat disebabkan dia tidak progressif dalam idea lalu kita kesian padanya dan kita memberikan idea kita padanya, yang menyebabkan bila masuk meeting dia yang bentangkan idea tersebut..Jgn kita jadi macam tu!”


Itulah antara selitan pemikiran sekular yang diterapkan. Alasan mengapa perlu dilakukan sedemikian adalah kerana dunia sekarang sudah ibarat "DOG EAT DOG", Jadi bila kita kesian kat orang kita akan disingkirkan.


Sidang pembaca yang budiman ini adalah suatu akhlak atau sifat mazmumah(buruk) yang amat dilarang dalam Islam. Islam tidak mengajar kita untuk pentingkan diri sendiri tetapi sentiasa bantu membantu atas dasar iman dan taqwa sepertiman firman Allah dalam Al-Quran


وَتَعَاوَنُواْ عَلَى ٱلۡبِرِّ وَٱلتَّقۡوَىٰ‌ۖ وَلَا تَعَاوَنُواْ عَلَى ٱلۡإِثۡمِ وَٱلۡعُدۡوَٲنِ‌ۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ‌ۖ

dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan dan bertakwalah kepada Allah(Al-Maidah 6:2)

Amat sedih jika melihat kepada perkembangan yang berlaku di zaman mutaakhir ini..sama-sama kita renungkan.