Sunday, April 11, 2010

SALAM kepada pembaca budiman..nantikan entry yang pertama setelah ku menghilang beberapa bulan.. moga Allah memberiku kekuatan untuk berjihad melalui penulisan.

-perjuanagn adalah perlaksaan kata-kata serta pengorbanan-

Saturday, October 17, 2009

Jangan takut pada Islam..


Assalamua’laikum, menemui pembaca budiman yang dirahmati Allah sekalian. Semoga kita berada dalam keadaan sentiasa diberi hidayah dan taufiq oleh Allah S.W.T. Lagi sekali penulis agak lewat untuk post kan entry baru, emm...susah betul untuk istiqomah dalam penulisan ini, apatah lagi dalam taat pada Allah, moga Allah memberi kekuatan iman pada kita untuk melakukan mujahadah dalam setiap amal kebajikan kita. Penulis memohon pada pembaca yang budiman sekalian supaya sentiasa mendoakan penulis moga diberi kekuatan untuk istiqomah dalam amal kebajikan termasuklah menulis di blog ni.

Pada entry kali ini penulis nak berkongsi pengalaman manis yang pertama kali dilalui oleh penulis dan berharap dapat melaluinya sekali lagi. Pengalaman tersebut ialah melihat seorang kristian di Islam kan oleh Tuan Guru Datuk DR. Harun Din di masjid negeri Shah Alam. Berkebetulan pada pada 2 oct lepas penulis pergi untuk bersembahyang maghrib di sana dan mendengar kuliah tasawwur Islam oleh DR. Harun Din, selepas selesai solat maghrib DR. Harun Din bangun memberitahu jamaah masjid tentang pengIslaman saudara baru tersebut. Di sini penulis menyertakan video yang sempat dirakam ketika proses melafazkan kalimah syahadah.
Alhamdulillah seorang umat Islam bertambah, dan penulis pasti iaitu sekarang ni begitu ramai orang bukan Islam memeluk Islam. Tetapi dalam kegembiraan umat Islam bertambah dengan saudara baru ada juga kesedihan iaitu kerana ada yang dah Islam tetapi telah berpaling dari Islam, NAU’ZUBILLAH. Tetapi hakikatnya memang berlaku dan kita umat Islam mesti membendung perkara ini, inilah akibatnya Al-Quran dan As-Sunnah tidak dijadikan perundangan sehinggakan orang yang dah Islam sesuka hati keluar dari Islam dek kerana juga dakyah golongan kuffar dan juga kerana aqidah yang tidak jazam(teguh,beriman dengan sepenuhnya 100%) dalam diri seseorang itu.


Satu lagi yang nak dikongsi dengan pembaca sekalian iaitu kisah sebuah surau di Uni New castle Australia. Penulis mempunyai seorang teman yang sedang menuntut di sana, dia menceritakan bahawa kaum muslim telah diberi sebuah surau baru oleh pihak pentadbir Uni menggantikan surau yang lama. Surau tersebut dilengkapi dengan kemudahan asas yang memberi keselesaan kepada Jamaah surau. Di sini penulis serta gambar-gambar yang dikirim kepada penulis. Ini merupakan suatu perkembangan yang baik kerana keterbukaan yang baik oleh pihak Uni walaupun kristian, jadi umat Islam mesti menggunakan keterbukaan tersebut dengan sebaik mungkin untuk menebar luaskan ajaran Islam. Sebenarnya semua manusia boleh menerima Islam jika mereka kembali kepada fitrah dalam mereka membuat pertimbangan terhadap Islam. Allah Taala berfirman :

وَإِذۡ أَخَذَ رَبُّكَ مِنۢ بَنِىٓ ءَادَمَ مِن ظُهُورِهِمۡ ذُرِّيَّتَہُمۡ وَأَشۡہَدَهُمۡ عَلَىٰٓ أَنفُسِہِمۡ أَلَسۡتُ بِرَبِّكُمۡ‌ۖ قَالُواْ بَلَىٰ‌ۛ شَهِدۡنَآ‌ۛ أَن تَقُولُواْ يَوۡمَ ٱلۡقِيَـٰمَةِ إِنَّا ڪُنَّا عَنۡ هَـٰذَا غَـٰفِلِينَ (١٧٢
Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka dan Dia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Dia bertanya dengan firmanNya): Bukankah Aku Tuhan kamu? Mereka semua menjawab: Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi. Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini. (Al-A'raf 7:172)

pintu masuk surau
ucapan Vice Censelor
Akhir kata, marilah kita sama menjadi pembantu Agama Allah mencontohi golongan hawariyyun seperti fiman Allah :

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُونُوٓاْ أَنصَارَ ٱللَّهِ كَمَا قَالَ عِيسَى ٱبۡنُ مَرۡيَمَ لِلۡحَوَارِيِّـۧنَ مَنۡ أَنصَارِىٓ إِلَى ٱللَّهِ‌ۖ قَالَ ٱلۡحَوَارِيُّونَ نَحۡنُ أَنصَارُ ٱللَّهِ
Wahai orang-orang yang beriman! Jadikanlah diri kamu pembela-pembela (agama) Allah sebagaimana (keadaan penyokong-penyokong) Nabi Isa Ibni Mariam (ketika ia) berkata kepada penyokong-penyokongnya itu: Siapakah penolong-penolongku (dalam perjalananku) kepada Allah (dengan menegakkan agamaNya)? Mereka menjawab: Kamilah pembela-pembela (agama) Allah! (As-Saff 61:14)

Wallahua’lam.


Wednesday, October 14, 2009

Kenikmatan Ilmu syari'atullah


Assalamua’laikum, menemui pembaca yang budiman, moga-moga Allah merahmati kita sekalian dan sentiasa kita semua diberi hidayah dan taufiq oleh Allah untuk kita menjalani kehidupan ini menuju akhirat. Pada entry kali ini penulis nak berkongsi sedikit perkara berkenaan dengan ilmu. Alhamdulillah semalam terasa begitu nikmat dalam menuntut ilmu, iaitu penulis telah memulakan pengajian kitab tafsir Al-Quran karangan Imam Ibnu kathir dalam bahasa arab. Tuan Guru penulis mengajar dengan penuh semangat dan khusyuk dan penulis dan beberapa orang sahabat lagi penuh khusyuk juga mendengar I’rab(perincian@penjelasan) yang diterangkan oleh syeikhuna Tuan Guru. Inilah yang penulis cari-cari selama ni, iaitu kenikmatan dalam menuntut ilmu terutama ilmu Al-Quran. Seperti sabda Rasulullah dalam satu hadith Baginda yang bermaksud :

“Barang siapa yang Allah ingin memberi kebaikan padanya, Allah akan memberi kefaqihan padanya di dalam agama.”

Allahu Akbar…..nikmatnya ya ALLAH…tak terkata semalam walaupun agak merangkak dalam nak memahami. Tetapi berbekalkan semangat yang kuat untuk mendalami Al-Quran penulis dan rakan-rakan menghayati dengan penuh perhatian.

Seperti firman Allah dalam surah Al-Fathir ayat 28 :

إِنَّمَا يَخۡشَى ٱللَّهَ مِنۡ عِبَادِهِ ٱلۡعُلَمَـٰٓؤُاْۗ

Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu.

InsyaAllah, dikesempatan yang akan datang penulis akan berkongsi ilmu tafsir yang dipelajari.

Wallahua’lam

P/S: Doakan penulis semoga terus istiqamah menuntut ilmu semoga ilmu tersebut dapat disebarkan kepada masyarakat dan untuk bekal didunia ini menuju ke alam barzakh& akhirat.

Monday, October 12, 2009

Ikhtilat dan jawapan


Pertemuan ataupun perjumpaan di antara lelaki dan perempuan tidaklah diharamkan secara mutlak, bahkan harus mahupun dituntut jika tujuannya adalah mulia, memberi manfaat dan menambah amal soleh(seperti menuntu ilmu), membawa kebaikan, dan perkara-perkara yang mana berhajatkan bantuan dan pertolongan dari kedua belah pihak (lelaki dan perempuan) berlandaskan batas-batas, tujuan yang betul dan penguatkuasaan yang berkesan.

Walaupun dibolehkan, kita sama sekali tidak mengabaikan batas-batas dan syariat yang telah ditetapkan oleh Islam :

1. Hendaklah menjaga pandangan oleh kedua-duanya (lelaki dan perempuan jangan gatal menjeling-jeling) , tidak memandang kepada aurat, tidak juga memandang dengan syahwat, dan tidak memanjangkan pandangan jika tidak berhajat. Allah SWT berfirman :

Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat".(30)

Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, (31)

An Nuur : 30-31

2. Seorang perempuan hendaklah sentiasa mengenakan pakaian yang disyariatkan dan sopan, menutupi seluruh badannya selain dua tangan dan wajah, tidak jarang (tipis) dan tidak menampak bentuk tubuh, Allah SWT berfirman :

dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung kedadanya, ,(31)

Surah An Nuur : 31

Dikuatkan lagi daripada para sahabat yang dimaksudkan dengan "perhiasan" ialah dua tangan dan wajah.

Allah SWT menjelaskan mengenai pakaian yang sopan, firmanNya :

Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak di ganggu. (59)

Al Ahzab: 59

Perempuan muslimah yang sopan berbeza pakaian mereka dari perempuan yang semberono perangainya, dia juga tidak berakhlak buruk, dengan itu setiap yang memandang pakaian dan akhlaknya, pasti akan menghormati dan menyeganinya.

3. Sentiasa berakhlak muslimah pada setiap perkara, terutama ketika bermuamalat dengan lelaki :

i. Percakapan , hendaklah menjauhi dari suara yang boleh merangsang dan membangkitkan perasaan, Allah SWT berfirman :

Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik,(32)

Al Ahzab : 32

ii. Berjalan, Allah SWT berfirman :

Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan (31)

An Nuur : 31

Allah SWT menyifatkan sopan santun seorang perempuan dengan firmanNya :

Kemudian datanglah kepada Musa salah seorang dari kedua wanita itu berjalan kemalu-maluan (25)

Surah Al Qashah :25
iii. Pergerakan, tidak berlenggok, seperti yang disifatkan dalam hadith sebagai (berlenggok itu adalah perempuan) dan tidak berhias (tabarruj) seperti yang dilakukan oleh wanita-wanita jahiliyyah dahulu mahupun sekarang.

4. Menjauhi bau-bauan ataupun wangi-wangian yang boleh membuatkan lelaki tertarik dengannya, dan menjauhi juga warna-warna terang dan terlampau menarik yang mana sepatutnya hanya dipakai dirumah bukannya ketika perjumpaan dengan lelaki.

5. Jangan sesekali membiarkan hanya seorang lelaki dan seorang perempuan berjumpa tanpa mahram disisi mereka, ianya ditegah dengan sebuah hadith sahih mengenainya, (Sesungguhnya yang ketiga daripada keduanya ialah syaitan), tidak patut membiarkan api dan kayu bersama (makin `terbakar' la kalau dibiarkan berdua). Yang patut diambil berat juga ialah kaum keluarga terdekat, seperti ayah mertua, ipar dan sesiapa pun yang bukan mahramnya daripada berduaan.

6. Hendaklah sepanjang perjumpaan itu hanya dalam lingkungan hajat (cth: mesyuarat) dan perkara-perkara yang diperlukan, tidak perlu hendak memanjangkan dengan perkara luar dari hajat itu tadi dengan berbual-bual kosong, bergosip-gosipan, ataupun perkara-perkara yang boleh mengabaikan kerja sebenar yang amat suci seorang perempuan, iaitu tanggungjawabnya di rumah dan pertarbiyahan bangsa(anak- anak).

Penuhilah syarat-syarat ini, bukan untuk menyusahkan kita, bahkan demi kebaikan bersama, kerana Allah SWT tahu apa yang terbaik untuk hambaNya yang taat. Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik, dengan keyakinan ini, marilah disaat ini kita mula menjadi seorang yang terbaik disisiNya insyAllah.

Wallahu Ta'ala A'lam

Rujukan :

Fatawa Al Mar atul Muslimah oleh Dr Yusuf Al Qardhawi, maktabah wahbah, cetakan pertama 1996 m – 1416 h

P/S : Entry ini penulis nukilkan kembali daripada email penulis.

Sunday, October 11, 2009

siapakah diri Ku?


“Boleh saya pinjam pen” kata seorang pensyarah kepada seorang pelajarnya ketika menjawab test bahasa german. Pensyarah tadi tiba-tiba menepuk tangan pelajar tadi, hey..bahasa melayu pun sama juga jawapannya. Jawab pelajar tadi, “encik saya takleh buat test ni…” “eh nape pulak? senang je tu?” kata pensyarah tersebut. “encik saya tengah berfikir siapakah saya?” kata pelajar tu lagi. jawab pensyarah pula “hmm menarik soalan tu utk dijawab.takpe you jawab dulu pasni kita bincang, kat luar kelas punboleh sambil kita minum-minum ke..”

Itulah dialaog yang berlaku antara penulis dengan pensyarah pada pagi tadi. Penulis masih lagi dalam keadaan buntu untuk mengenal diri penulis secara betul-betul. Tapi pagi tadi taqdir Allah,penulis seolah –olah dah menemui tanda-tanda awal siapakah diri penulis yang sebenar. Tetapi penulis masih lagi tidak boleh untuk describe secara bertulis ataupun tanpa berkecamuk fikiran untuk mengenal pasti siapakah diri penulis yang sebenar.

Pembaca yang budiman sekalian, nak ditegaskan di sini bukan bermaksud nak mengenal diri itu menunjukkan diri penulis dah jadi tidak waras tetapi nak mengenal pasti dimanakah keadaan diri kita yang sebenar kerana pakar motivasi selalu berkata kena kenal diri kita dahulu barulah kita jelas kemana arah tuju untuk kita merencanakan kehidupan kita. Itulah yang membelenggu fikiran penulis sekarang. Sebagai contoh penulis mengambil beberapa figure yang dah mengenali siapakah mereka iaitu ustaz zahauddin Abd. Rahman, dia mengenali diri sebagai seorag yang pakar dalam bidabg fiqh muamalat, ustaz hasrizal jamil@saifulislam dia mengenali dirinya sebagai pakar runding &motivasi, seorang sahabat penulis yang bernama ust sa’ari yang mempunyai blog rijal82.blogspot.com kenal dirinya iaitu seorang pengkaji sejarah kerajaan Islam focus uthmaniah. Itulah yang penulis sedang maksudkan dengan nak mengenal diri. Bukan bermaksud penulis hilang arah tuju kehidupan tetapi mencari titik mula nank merencanakan kehidupan sebagai hamba Allah. Penulis jelas tujuan hidup seperti firman Allah dalam Al-Quran :

وَإِذۡ قَالَ رَبُّكَ لِلۡمَلَـٰٓٮِٕكَةِ إِنِّى جَاعِلٌ۬ فِى ٱلۡأَرۡضِ خَلِيفَةً۬‌ۖ قَالُوٓاْ أَتَجۡعَلُ فِيہَا مَن يُفۡسِدُ فِيہَا وَيَسۡفِكُ ٱلدِّمَآءَ وَنَحۡنُ نُسَبِّحُ بِحَمۡدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ‌ۖ قَالَ إِنِّىٓ أَعۡلَمُ مَا لَا تَعۡلَمُونَ (٣٠
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?. Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya. (Al-Baqarah 2:30)

وَمَا خَلَقۡتُ ٱلۡجِنَّ وَٱلۡإِنسَ إِلَّا لِيَعۡبُدُونِ (٥٦
Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. (56)

Jadi insyaAllah penulis akan terus mencari dan mencari siapakah diri penulis yang sebenar. Kenapa juga penulis begitu beria-ia untuk mengenali diri ini, hal ini kerana penulis juga nak mencapai hakikat sebenar ilmu dalam kehidupan ini dan nak meraikan pemikiran&idea penulis.

Wallahua’alam.

p/s: kepada mana-mana pembaca yang ingin member komen kepada penulis berkenaan dengan siapakah diri kita @ nak mengenal diri kita boleh menghantarkan email kepada penulis mfrsns@gmail.com. Perkongsian dari pembaca amat-amat dialu-alukan.

Pemikiran?


Asslamua’laikum.menemui pembaca yang budiman semoga kita sentiasa dalam keadaan yang sejahtera dengan diberi hidayah dan taufiq Allah. Dikesempatan ini penulis nak berkongsi suatu keadaan yang berlaku pada penulis sekarang ini iaitu berlaku kegilaan untuk menulis idea@pemikiran yang ada di dalam otak penulis sekarang ini. Penulis merasakan di dalam kepala ini berlaku kekecamukan maklumat yang perlu di urus dengan baik supaya menjadi pemikiran ini lebih berguna. Penulis merasakan rugi kepada terutama orang yang mempunyai banyak idea tidak melontar idea yang terpendam dalam kepalanya. Hal ini juga bagi seorang individu muslim kita cuba untuk menjadikan idea kita itu suatu sumbangan kepada Islam. Keadaan penulis sekarang ini juga ingin mencerna pemikiran dengan menulis, membaca, berdebat, dan menuntut ilmu. Nk mencari kemuncak kebahagiaan sebagai seorang hamba yang diciptakan oleh Allah dengan kejadian yang paling baik seperti firman Allah dalam Al-Quran :


لَقَدۡ خَلَقۡنَا ٱلۡإِنسَـٰنَ فِىٓ أَحۡسَنِ تَقۡوِيمٍ۬ (٤


Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya). (At-Tin 95:4)


Penulis juga inigin berkongsi satu firman Allah dalam Al-Quran yang menceritakan tentang cirri orang yang berakal iaitu dinamai dalam Al-Quran dengan Ulul Al-Bab :


إِنَّ فِى خَلۡقِ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِ وَٱخۡتِلَـٰفِ ٱلَّيۡلِ وَٱلنَّہَارِ لَأَيَـٰتٍ۬ لِّأُوْلِى ٱلۡأَلۡبَـٰبِ (١٩٠) ٱلَّذِينَ يَذۡكُرُونَ ٱللَّهَ قِيَـٰمً۬ا وَقُعُودً۬ا وَعَلَىٰ جُنُوبِهِمۡ وَيَتَفَڪَّرُونَ فِى خَلۡقِ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِ رَبَّنَا مَا خَلَقۡتَ هَـٰذَا بَـٰطِلاً۬ سُبۡحَـٰنَكَ فَقِنَا عَذَابَ ٱلنَّارِ (١٩١

Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal. (190) (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab Neraka. (Ali-Imran 3:190-191)

Wallahua’lam.
p/s : penulis nak jadi ulul al-bab&mencari kebahagian berfikir&berzikir.

Taubat


Assalamua’laikum…menemui pembaca yang budiman, semoga kalian&saya berada dalam keadaan yang sejahtera dengan hidayah dan taufiq Allah Azza Wajalla. Di kesempatan ini saya ingin berkongsi sebuah pengajaran yang baik untuk kita sama-sama muhasabah diri dan melariakan diri dari kejahilan dan maksiat.

Satu kisah bagaimana seorang yang melakukan maksiat dengan membunuh orang dan dah mencapai seramai 99 orang yang telah dibunuhnya ingin bertaubat dari perbuatan terkutuk tersebut. Disebabkan itu dia pergi berjumpa dengan seorang a’bid(ahli ibadah) dengan memberi tahu niatnya kepada a’bid tersebut untuk bertaubat, tapi malangnya si a’bid tersebut member tahu bahawa dia dah tak berpeluang untuk bertaubat lagi kerana terlalu ramai orang yang telah dibunuhnya. Disebabkan merasa geram kepada si a’bid itu, si pelaku dosa itu tadi menggenapkan mangsanya menjadi seratus orang yang dibunuhnya. Tetapi dia terus berusaha untuk bertaubat dan ditaqdirkan Allah, dia tekah bertemu dengan seorang a’lim(ahli ilmu) dan memberitahu hasratnya utk bertaubat, dan a’lim itu memberikan harapan padanya untuk bertaubat dan bertaubatlah si pembunuh tadi. Dalam pada itu a’limtadi memesan kepada si pembunuh yang bertaubat tadi supaya tinggalkan keadaan nya sekafrang ini dan mencari keadaab yang baik, maksudnya tinggalkan situasi yang boleh memberikan sumbangan untuk melakukan perkara terkutuk itu semula.

Kesimpulan di sini ialah, kalau kita nak mengelakkan diri kita dari melakukan suatu perkara yang keji @maksiat kita juga mesti mengelakkan diri kita dari keadaan yang menyebabkan kita ,melakukan maksiat tersebut. Dan yang utama bertaubat pada Allah. Taubat bukan hanya pada lafaz tapi pada perbuatan juga iaitu meninggalkan betul-betul perkara yang terkutuk itu dan berazam untuk tidak mengulangi pastu lakukan ma’ruf semoga dengan ma’ruf itu Allah menghapuskan juga dosa yang telah lalu.

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ تُوبُوٓاْ إِلَى ٱللَّهِ تَوۡبَةً۬ نَّصُوحًا عَسَىٰ رَبُّكُمۡ أَن يُكَفِّرَ عَنكُمۡ سَيِّـَٔاتِكُمۡ وَيُدۡخِلَڪُمۡ جَنَّـٰتٍ۬ تَجۡرِى مِن تَحۡتِهَا ٱلۡأَنۡهَـٰرُ يَوۡمَ لَا يُخۡزِى ٱللَّهُ ٱلنَّبِىَّ وَٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ مَعَهُ ۥ‌ۖ نُورُهُمۡ يَسۡعَىٰ بَيۡنَ أَيۡدِيہِمۡ وَبِأَيۡمَـٰنِہِمۡ يَقُولُونَ رَبَّنَآ أَتۡمِمۡ لَنَا نُورَنَا وَٱغۡفِرۡ لَنَآ‌ۖ إِنَّكَ عَلَىٰ ڪُلِّ شَىۡءٍ۬ قَدِيرٌ۬ (٨)

Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan Taubat Nasuha, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama-sama dengannya; cahaya (iman dan amal soleh) mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan); mereka berkata (ketika orang-orang munafik meraba-raba dalam gelap-gelita): Wahai Tuhan kami! Sempurnakanlah bagi kami cahaya kami dan limpahkanlah keampunan kepada kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (8) (At-Tahrim 66:8)

salam taubat dari penulis...wallahua'lam.

p/s: kisah ini diriwayat oleh Al-Bukhari kalau tersilap penulis suatu kisah yang berlaku di zaman bani israel.